Tuesday, August 20, 2013

PROGRAM PENDIDIKAN DAN PAMERAN KERJAYA 2013 DI KVSB

Alhamdulillah... cikgu bersyukur kerana program hari ni berjalan dengan lancar...
NAMA PROGRAM: PAMERAN PENDIDIKAN DAN KERJAYA TAHUN 2013
TARIKH                  : 20 OGOS 2013 (SELASA)
TEMPAT                 : KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH.
Seramai 40 orang murid daripada kelas 3 Baiduri dan 3 Delima mengikuti program ini. Cikgu suka sangat sebab awak semua sporting dan berjaya menunjukkan yang awak semua hebat... lain kali bolehlah cikgu bawa lagi ye... tapi tengok bajetlah... hehe...












































Friday, August 16, 2013

KAMI BERTATIH...

Hai... assalamualaikum dan salam sejahtera!
Nampaknya, dalam dunia ICT yang serba moden ini, laman interaktif dan laman sosial ternyata amat berkesan dalam menyalurkan maklumat dan berkongsi rasa antara satu sama lain. Seiring dengan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Sierramas (UBK SMK Sierramas) turut tidak melepaskan peluang dalam membina dan membangunkan blog ini. 

Laman blog ini mempunyai beberapa Dinding / Wall yang boleh dikongsi bersama seperti berikut:

UTAMA              
pelbagai maklumat dipaparkan meliputi pengumuman, peringatan, pemberitahuan, perkongsian, laporan dan lain-lain yang berkaitan.

UBK SMKS  
maklumat asas mengenai Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Sierramas

GBKSM              
biodata guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa yang berkhidmat di UBK SMK Sierramas

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA  
maklumat-maklumat mengenai PRS, perkhidmatan,  senarai ahli, dan aktiviti terkini PRS

PROGRAM & AKTIVITI            
makluman mengenai pelbagai aktiviti yang dirangka mengikut takwim dan keperluan semasa (mencakupi bidang-bidang UBK) 

 PERSONALITI & KERJAYA          
maklumat kerjaya terkini dan lain-lain yang berkaitan.

MOTIVASI           
perkongsian ilmu / cetusan rasa GBKSM


Untuk pengetahuan semua, para pelayar boleh melayari ruangan CHAT untuk berinteraksi dengan GURU BIMBINGAN DAN  KAUNSELING SEPENUH MASA (GBKSM) untuk sebarang masalah, perkongsian maklumat mahupun pertanyaan mengikut jadual berikut:

GBKSM
SINGKATAN CHAT
EMEL
CR Suriani bt Mahmad
CR Sue
cikgusuriani78@gmail.com
CR Rosziyanie bt Mohd Hani @ Aziz
CR Rozie
yaniehani82@gmail.com

Atau hubungi kami menerusi laman Facebook, UBK SMK Sierramas atau email ubksmksierramas@gmail.com

Namun adalah diingatkan supaya para pelayar tidak menyalahgunakan perkhidmatan ini serta tidak menyentuh sebarang isu-isu sensitif/keagamaan/perkauman/politik. Semoga maklumat yang dipaparkan dapat membantu semua pihak yang melayari laman blog ini.
Terima kasih. Selamat melayari blog UBK SMK SIERRAMAS!


Friday, June 28, 2013

Salam Sejahtera

pade tarikh  ini! dengan rasminya blog UBK SMK Sierramas telah pon siap comel x? huuhuhu mistilah comel mcm org yg buat blog nie!