UBK SMKS

APAKAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING?
Kaunseling merangkumi semua aktiviti dan kaedah menolong dan menasihati individu yang menghadapi masalah. Sebagai seorang manusia, memang ada masa dan ketikanya memerlukan kita pertolongan, kaunseling, perbincangan dan bimbingan daripada orang yang berkebolehan bagi memenuhi keperluan dan kesejahteraan hidup. Dalam konteks kehidupan masa kini, aktiviti dan penglibatan kaunseling bukan sahaja terdiri daripada golongan professional tetapi juga golongan bukan professional. Penglibatan ini memang penting bagi membolehkan setiap individu berkomunikasi dengan baik sesama manusia dan seterusnya dapat hidup dalam keadaan yang menggembirakan.
Perkhidmatan percuma dan ikhlas yang disediakan kepada ANDA untuk mengatasi segala persoalan tentang:
  • Peribadi dan emosi anda 
  • Perkembangan pelajaran
  • Belajar dengan lebih berkesan
  • Perlakuan tidak selaras,pendiam,susah hendak bergaul,selalu berpandangan negatif 
  • Keluarga

TUJUAN PERKHIDMATAN INI DITAWARKAN:
  • Menolong individu berasa lebih yakin dengan kekuatan dirinya dan sanggup untuk merancang sesuatu.
  • Menolong individu untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan orang lain.
  • Mengajar individu dengan kemahiran tertentu dan membantu memperkembangkan minat dan bakat.
  • Memperkembangkan personaliti individu kea rah yang positif untuk menyelesaikan kerumitan-kerumitan dalam hidupnya dengan lebih berkesan.
  • Membantu klien memahami diri sendiri dan menyesuaikan dirinya dengan persekitaran serta orang lain.

BAGAIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN?
Perkhidmatan ini dijalankan melalui:

BIMBINGAN / KAUNSELING INDIVIDU       - (pertemuan ANDA dengan GBKSM)
BIMBINGAN / KAUNSELING KELOMPOK   - (pertemuan ANDA dan rakan-rakan dengan GBKSM)

DIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN?
Pertemuan ANDA dengan GBKSM / Kaunselor ANDA akan diadakan di dalam bilik Bimbingan & Kaunseling, tanpa gangguan dan tidak boleh didengar oleh orang lain. Hanya ANDA dan GBKSM / Kaunselor ANDA sahaja yang mengetahui tentang perkara yang dibincangkan.

~SEGALA PERBINCANGAN ANDA DAN MAKLUMAT YANG ANDA BERIKAN ADALAH DIRAHSIAKAN~


No comments:

Post a Comment